Lifelong Learning - Nadi X Tinytechies – Future Skills For All - Python
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 08 Mac 2025 – Sabtu, bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, Teras Lifelong Learning bagi NADI X TinyTechies telah mengadakan bengkel Python yang mensasarkan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran teknologi, memupuk kreativiti dan inovasi, serta meningkatkan keyakinan untuk bersaing pada tahap yang lebih tinggi. Disamping itu para peserta juga diajar berkaitan pengaturcaraan bahasa Python dalam konteks aplikasi sains dalam kejadian harian dengan aktiviti pembelajaran yang disediakan adalah selari dengan subjek Sains Komputer tingkatan 4-5.
Diantara kandungan pembelajaran yang bakal para peserta dapati daripada bengkel ini seperti:
i. Mempelajari cara mengikuti pengajaran siri Python
ii. Mempelajari konsep input, output, pemboleh ubah dan operasi matematik
iii. Mempelajari struktur kawalan dwi-pilihan, carta alir dan operator perbandingan
iv. Mempelajari struktur kawalan pelbagai pilihan, operator perbandingan, penyataan matematik dan operator logik
v. Mempelajari struktur kawalan pilihan bersarang, aplikasi penyataan matematik dan penggunaan identasi
Semoga dengan kemudahan yang disediakan di NADI Sebandi Ulu sedikit sebanyak dapat memberi manfaat yang sewajarnya kepada komuniti terutama pelajar sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: